NEW YORK: Penulis novel "To Kill a Mockingbird", Harper Lee meninggal dunia pada usia 89 tahun. Laporan AP memetik jurucakap HarperCollins, Tina Andreadis mengesahkan kematian penulis itu. Novel berkenaan yang menceritakan pandangan anak kecil berhubung ketidakadilan kaum di sebuah bandar kecil di selatan, menjadi pilihan jutaan golongan muda. Lee juga memenangi anugerah Oscar untuk novel yang dijadikan filem itu. "To Kill a Mockingbird," diterbitkan pada 1960an, menceritakan bagaimana Scout membesar di bandar selatan pada era kemelesetan. Seorang lelaki kulit hitam dituduh merogol wanita kulit putih dan bapa Scout, peguam Atticus Finch, mempertahankannya walaupun menerima ancaman dan kecaman ramai. Buku itu menjadi antara yang terlaris, memenangi Anugerah Pulitzer dan dijadikan filem pada 1962, dengan aktor Gregory Peck memenangi Oscar untuk wataknya sebagai Atticus.