suria

Trump Jamin Iktiraf Baitulmuqqadis

NEW YORK: Calon Republikan, Donald Trump memberi jaminan akan mengiktiraf Baitulmuqqdis sebagai ibu negara Israel jika dilantik sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS).

Perkara itu dinyatakan ahli korporat terkemuka itu dalam pertemuan dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di Menara Trump pada Ahad.

Pada hari sama, Netanyahu turut mengadakan pertemuan dengan pesaing Trump, calon Demokratik, Hillary Clinton.

Pertemuan tertutup itu berlangung sehari sebelum debat antara dua calon presiden - Trump dan Clinton.

"Trump mengiktiraf Baidulmuqqadis yang menjadi kediaman penduduk Yahudi sejak lebih 3000 tahun dan Amerika Syarikat di bawah pentadbiran Trump akan menerimanya sebagai ibu negara Israel," menurut kenyataan kempennya.

Walaupun Kongres AS meluluskan undang-undang pada Oktober 1995 mengiktiraf Baitulmuqqadis sebagai ibu negara Israel dan memindahkan pejabat Kedutaan AS dari Tel Aviv ke bandar itu, namun setakat ini, tidak ada presiden AS sama ada dari Demokratik atau Republikan yang melaksanakan ketetapan itu.

Kenyataan Trump juga memaklumkan, kedua-dua pihak berbincang mengenai perjanjian nuklear dengan Iran, usaha memerangi ISIS dan isu kawalan keselamatan.

Bagaimanapun, kenyataan yang dikeluarkan pejabat Netanyahu menyebut, perbincangan antara kedua pihak melibatkan isu keselamatan dan langkah ke arah keamanan di Timur Tengah.

Sementara itu, dalam pertemuan dengan Clinton di sebuah hotel di sini, calon presiden AS itu berjanji akan membantu Israel berdepan ancaman pengganas.






Baitulmuqqadis, Donald Trump

Artikel Sebelum

Artikel Lain