PATTAYA: Jiratchaya Sirimongkolnawin dinobatkan sebagai Ratu Cantik Mak Nyah Antarabangsa 2016, pertandingan terbesar dan paling popular di kalangan golongan transgender yang diadakan disini, pada Jumaat. Berusia 25 tahun, warga Thailand itu menewaskan 24 peserta lain. Pemenang kedua menjadi milik peserta Brazil, Nathalie de Oliveira dan tempat ketiga dimenangi wakil Venezuela, Andrea Collazo. Pertandingan yang bermula sejak lebih 10 tahun lalu itu bertujuan mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat supaya menerima golongan itu. Acara gilang gemilang itu diadakan di sebuah kelab malam Tiffany yang juga popular di kalangan golongan transgender. Seperti pertandingan ratu cantik lain, peserta mengayakan pakaian kebangsaan, gaun malam dan juga pakaian mandi. Pertandingan yang sepatutnya berlangsung November tahun lalu itu ditangguhkan kerana kemangkatan Raja Bhumibol Adulyadej.