suria

William, Harry Kongsi Detik Bersama Diana

SEMPENA ulang tahun ke-20 pemergian Puteri Diana, dokumentari khas yang dirakam akan mendedahkan hubungan dua puteranya bersama ibu tersayang.

Putera William dan adiknya, Putera Harry masing-masing akan mengimbau saat gembira ketika hayat ibu mereka sambil melihat gambar-gambar yang dirakam bersama Puteri Diana.

Sedutan dokumentari bertajuk Diana, Ibu Kami: Legasi dan Hidupnya disiarkan mulai Sabtu.

Program itu akan ditayangkan di Britain, Kanada dan Amerika Syarikat dalam masa terdekat.

"Ini kali pertama kami berdua bercakap mengenai dia sebagai seorang ibu," kata Putera Harry.

Pada masa sama, ketika memegang gambar beliau didukung Puteri Diana, Puteri William berkata: "Percaya atau tidak kita berdua ada dalam gambar ini, kamu ada dalam kandungan ibu.

"Dia adalah ibu paling nakal. Dia tetap ibu kami dan sebagai anak, dia adalah ibu terbaik di dunia ini kerana memberikan kami sepenuh kasih sayang."

Diana terkorban dalam kemalangan kereta di laluan terowong Paris bersama kekasihnya, Dodi Fayed.

Ketika kejadian pada 31 Ogos 1997, Putera Harry hanya berusia 12 tahun.

Puteri Diana, William, Harry

Artikel Berikut

Artikel Lain