suria

Ini Buku Mewarna Paling Mahal Di Dunia?

BUKU mewarna The Bespoke disebut-sebut sebagai 'buku mewarna paling mahal di dunia' apabila ia berharga AS$30,850 (RM132,000).

Ia hanya mengandungi 10 ilustrasi yang direka oleh ilustrator terkenal, Ian Beck mengikut pilihan anda sendiri.

Buku mewarna untuk golongan dewasa kini semakin popular sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Ia menjadi perhatian kerana membantu untuk menenangkan dan mengatasi tekanan, selain mengembalikan zaman kanak-kanak.

Anda mungkin boleh mencari buku seumpama ini di mana-mana kedai buku termasuk tempahan secara dalam talian.

Bagaimanapun, syarikat yang menawarkan perkhidmatan dan barangan mewah, Very First To membuat kajian dan mendapati tiada buku mewarna mewah untuk golongan kaya.

Sehubungan itu, mereka menciptanya dengan sesuatu yang istimewa apabila ilustrasinya mengikut kehendak pelanggan. 

Ian Beck akan bertemu dengan pelanggan terlebih dahulu bagi mendapatkan maklumat mengenai perkara-perkara penting seperti kehidupan, keluarga, tempat menarik dan saat penting yang dilalui mereka sebelum ia diterjemahkan dalam 10 bentuk ilustrasi. - odditycentral


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain