JANGAN panik dan patuhi arahan pasukan penyelamat. Itu dua peringatan paling asas jika anda berhadapan situasi sama apabila kereta kabel yang dinaiki tersangkut pada ketinggian 40 meter di udara.
Hasil tindakan pantas dan profesional pasukan penyelamat, 75 penumpang gondola yang merentasi Sungai Rhine, Jerman termasuk kanak-kanak, warga emas dan ibu mengandung berjaya diselamatkan dalam insiden yang berlaku pada Ahad.