SEORANG remaja berusia 19 tahun dari Little Rocks, Arkansas yang kehilangan pokok kaktus kesayangannya memohon bantuan penduduk setempat untuk mendapatkannya kembali, lapor Huffington Post yang terlihat iklan kehilangan itu ketika melalui kawasan Little Rock dengan bas jelajah "Listen To America" baru-baru ini. Iklan kehilangan pokok kaktus itu memaparkan mesej "kali terakhir dilihat di anjung, jalan tengah." Remaja itu berjaya dihubungi seorang wartawan melalui nombor telefon yang diletakkan pada iklan berkenaan. Katanya, pokok kaktus kesayangannya yang bernama Terrence telah hilang pada 5 September lalu apabila ia tiba-tiba lesap dari anjung hadapan rumahnya. "Keesokan hari selepas kejadian itu, saya terus mengiklankan kehilangan kaktus tersebut dan menampalnya di kawasan sekitar kejiranan saya. Remaja itu mendedahkan bahawa Terrence mempunyai 'abang' yang dinamakan Clarence, namun dia tidak banyak bercakap dengan Clarence semenjak kehilangan adiknya, Terrence.