KOREA Utara dipercayai akan melancarkan serangan bom hidrogen besar-besaran di tengah-tengah Lautan Pasifik. Merujuk kepada kenyataan awal Kim Jong-un bahawa negara akan mengambil tindakan 'tahap tertinggi', seorang pegawai dilpomat berkata ia berkemungkinan menjatuhkan Bom H di laut. Menteri Luar Ri Yong-ho memberi amaran mengejutkan selepas Jong-un berkata beliau akan melakukan tindak balas paling ganas terhadap ancaman Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk 'menghancurkan sepenuhnya' Korea Utara. Yong-ho berkata: "Ia boleh jadi ledakan Bom H yang paling kuat di Pasifik. "Kami tidak tahu apa tindakan akan diambil kerana ia akan diperintahkan oleh pemimpin Kim Jong-un." Yong-ho kini berada di New York untuk menghadiri Perhimpunan Agung PBB. Dia berkata demikian hanya beberapa minggu selepas Korea Utara melancarkan ujian nuklear keenam dan terbesar. Jong-un menyampaikan amaran tegas ke atas ucapan Trump di PBB, yang memanggil presiden itu 'gila'. Dia berkata: "Saya kini berfikir tentang apa respons yang mungkin diharapkannya apabila dia membenarkan kata-kata eksentrik itu keluar dari mulutnya. "Apa sahaja yang diharapkan oleh Trump, dia akan berdepan dengan hasil yang lebih jauh dari jangkaannya." Trump juga menimbulkan kemarahan rejim itu dengan mengeluarkan perintah baharu yang direka untuk melumpuhkan ekonomi Korea Utara dan menyekat mereka daripada dapat membiayai program nuklearnya. Jong-un berkata: "Kenyataannya yang menggambarkan pilihan Amerika Syarikat telah meyakinkan saya, bukan menakutkan saya atau menghalang saya, bahawa jalan yang saya pilih adalah betul. "Sekarang Trump telah menghina saya dan negara saya di mata dunia dan membuat perisytiharan perang yang paling ganas bahawa dia akan menghancurkan Korea Utara. "Kami akan mempertimbangkan dengan serius untuk memaksa tindakan paling keras dalam sejarah dapat dilakukan." -dailystar