suria

Lapan Polis Cedera Insiden Penumpang Tak Bayar Tambang

Insiden berlaku di Kingsland High Street, London pada Jumaat lalu. Foto Google

LAPAN anggota polis cedera dalam insiden seorang penumpang yang tidak membayar tambang bas di Dalston, timur London.

Penumpang bas tersebut didapati tidak mempunyai tiket sewaktu pemeriksaan oleh pemeriksa TfL kira-kira pukul 6 petang Jumaat lalu.

Satu pasukan anggota polis tiba bagi menangani keadaan itu, sebelum kesemua mereka diserang sekumpulan orang ramai.

Beberapa anggota mengalami kecederaan di bahagian muka, termasuk luka dan lebam, manakala dua pegawai lain dibawa ke hospital.

Dua remaja perempuan dan seorang lelaki berumur 18 tahun ditahan berhubung insiden yang berlaku di Kingsland High Street, London.

Seorang remaja berumur 15 tahun ditahan kerana menyerang seorang anggota polis dan tidak membayar tambang.

Dua lagi suspek iaitu seorang lelaki dan seorang remaja perempuan berumur 16 tahun ditahan kerana didakwa menyerang anggota polis. - Mail Online



Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Abang Lionel Messi Ditahan

Artikel Lain