suria

Budak Berekor Disembah Sebagai Tuhan Monyet

SEORANG budak lelaki yang mempunyai ekor disembah sebagai tuhan di kampung halamannya.

Krishna Yadav yang berusia tiga tahun telah menjadi perhatian, dengan ramai yang percaya dia adalah 'jelmaan Bajrangbali', Dewa Monyet Hindu.

Dia dilahirkan dengan segumpal daging di bahagian belakang yang kemudiannya telah berkembang menjadi ekor.

Bapanya, Ramsundar Yadav berkata: "Saya fikir mungkin ia adalah rahmat tuhan dan anak saya sebenarnya adalah jelmaan tuhan monyet.

"Tetapi ketika kami berunding dengan doktor, mereka memberitahu saya bahawa ia adalah ketumbuhan yang tidak diperlukan yang dapat dibuang dengan pembedahan kecil."

Orang ramai sanggup datang dari jauh untuk melihat Krishna di Kukudi, Uttar Pradesh, India, dan jiran-jirannya menganggap bahawa dia telah menjadikan kampung itu terkenal.

Ibu bapanya telah meminta doktor melakukan pembedahan membuang ekornya beberapa bulan lalu tetapi Krishna secara misteri jatuh sakit sebelum tarikh pembedahan.

"Jiran-jiran mendakwa ia adalah 'peringatan para dewa'," kata ibunya, Kavita, 22.

"Sekiranya kami membuang ekor itu, kami mungkin berdepan murka para dewa.

"Setiap kali kami bersiap sedia untuk pembedahan, beberapa masalah pelik akan berlaku, sama ada suami saya tidak dapat menguruskan dana atau anak lelaki kami tiba-tiba demam teruk."

Jirannya, Sunil Kumar berkata: "Ramai datang dari jauh ke tempat kami untuk melihat budak ini dan mendapat keberkatan daripadanya."

Doktor menggambarkan penyakit itu sebagai 'aneh' dan berkata ketumbuhan itu perlu dibuang.

Dr Vipul Kumar dari Hospital SRN berkata: "Budak lelaki itu mengalami masalah ketidakseimbangan hormon. Satu dalam 20,000 orang diserang masalah ini.

"Ini adalah penyakit yang jarang berlaku tetapi bukan bahaya. Pertumbuhan ini boleh dibuang melalui pembedahan biasa.

"Jika ekor mula tumbuh walaupun selepas dibedah, kita perlu melalui proses yang lebih rumit untuk mengurangkan kemungkinan pertumbuhan semula." -mailOnline

dewa monyet, budak berekor

Artikel Sebelum

Artikel Lain