suria

Bekas Pemimpin Tentera Iran Dakwa Barat Guna Sesumpah Jadi Pengintip

Sesumpah adalah antara haiwan yang digunakan untuk mengintip aktiviti nuklear di Iran. - Gambar hiasan/ iStockphoto

BEKAS pemimpin tentera Iran mendakwa bahawa negara barat menggunakan mengkarung untuk menarik gelombang atom sebagai sebahagian daripada teknik pengintipan mereka dalam program nuklear Iran.

Hassan Firuzabadi, penasihat ketenteraan terkemuka kepada pemimpin Ayatollah Ali Khamenei, menjawab pertanyaan daripada wartawan tempatan mengenai penangkapan ahli alam sekitar yang dibuat baru-baru ini.

Beliau berkata, negara-negara Barat sering menggunakan pelancong, saintis dan ahli alam sekitar untuk mengintip Iran.

"Beberapa tahun lalu, terdapat individu yang datang ke Iran untuk mengumpul dana bantuan buat Palestin, kami berasa curiga terhadap laluan yang digunakan mereka.

"Mereka membawa pelbagai spesies reptilia gurun seperti mengkarung dan sesumpah... kami mendapati kulit haiwan itu menarik gelombang atom dan mereka itu pula adalah pengintip nuklear yang ingin mengetahui di mana lokasi lombong uranium dan kegiatan atom dilaksanakan dalam Iran," katanya kepada agensi berita reformis ILNA yang dipetik oleh Times of Israel.

Firuzabadi mendakwa bahawa pasukan mata-mata itu gagal setiap kali cuba melakukan pengintipan di negara itu.

Contoh burung helang griffon yang dilepaskan selepas peranti yang dipasangkan adalah untuk tujuan penyelidikan saintifik.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai laporan oleh ahli alam sekitar Iran-Kanada, Kavous Seyed Emami yang telah membunuh diri di penjara selepas ditahan bersama ahli-ahli kumpulan hidupan liar yang lain pada bulan lepas.

Beberapa tuduhan mengintip yang melibatkan hidupan liar telah dibuat terhadap Israel dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Pada Januari 2016, orang awam dari Lubnan menangkap burung helang griffon yang dipakaikan alat penjejakan Israel, tetapi melepaskannya apabila mereka menyedari alat itu digunakan untuk penyelidikan saintifik dan bukannya untuk pengintipan

Beberapa bulan sebelum itu, Hamas mendakwa telah menangkap ikan lumba-lumba yang memakai peralatan mengintip Israel.

Media Turki juga melaporkan mengenai dakwaan burung yang dipakaikan dengan peranti pengesan dari universiti Israel digunakan untuk mengintip.

Pada 2012 pula, helang dengan 'tag' Israel ditangkap di Sudan dan didakwa digunakan untuk misi agensi perisik Mossad.

Dua tahun sebelum itu, seorang pegawai Mesir pula mendakwa jerung yang dikawal oleh Israel mungkin terlibat dalam beberapa serangan terhadap pelancong di Laut Merah. - NY Post

pengintip, perisik

Artikel Berikut

Artikel Lain