suria

Hanya Selangkah, Anda Boleh Sampai Ke Puncak Gunung

Foto kredit: ECNS.cn

HANYA sebelah kaki, anda sudah smpai ke puncak gunung.

Jingshan yang terletak di Wilayah Shandong merupakan sebuah gunung terkecil di China, bahkan di dunia.

Hanya berukuran 0.6 meter dari paras bawah ke puncak, gunung ini boleh dikuasai hanya dengan satu langkah sahaja.

Jingshan bukanlah sebuah gunung yang terkenal di dunia namun ia adalah satu-satunya gunung di daerah Shouguang dan dianggap simbol kawasan yang menjadi tarikan pelancong.

Menurut rekod, gunung ini berusia hampir 100 tahun dan tidak pasti kedalaman gunung ini.

Foto kredit: Chinanews.com

Bekas kurator Muzium Shouguang Bo pernah cuba menggali sekitar Jingshan untuk mengkaji kedalamannya, namun hanya separuh jalan.

Pada tahun 1958, seorang lagi cuba mengkaji kedalaman gunung ini, namun turut berputus asa.

Sejak itu tidak ada lagi orang yang cuba menggalinya.

Menurut laporan China org, walaupun ketinggian hanya 48 meter, tetapi kedalamannya lebih besar daripada apa yang  dilihat.

Gunung Terkecil, Jingshan

Artikel Lain