MEXICO CITY: Calon Dewan Undangan dalam Pilihan Raya Umum Mexico pada 1 Julai depan telah ditembak mati, menurut pihak berkuasa pada Selasa Jurucakap pihak berkuasa, Roberto Alvarez Heredia berkata, datuk bandar, Abel Montufar Mendoza yang akan bertanding di bawah parti Revolusi Institusi (PRI) di negeri Guerrero ditemui mati dalam keadaan separuh bogel di dalam keretanya di bandar Ciudad Altamirano. "Tubuh mangsa penuh dengan kesan tembakan," kata sumber polis. Difahamkan, seramai enam calon menjadi mangsa pembunuhan dalam beberapa insiden berasingan di seluruh negara sejak 29 April lalu. Manakala puluhan lagi telah dibunuh sejak musim pilihan raya dibuka pada September lalu.