suria

Beberapa jam lagi, Meghan bakal bergelar puteri diraja

MAJLIS perkahwinan Putera Harry dan Meghan Markle esok pastinya menjadi salah satu acara terbesar pada tahun ini.

Kad undangan majlis itu dikhabarkan sudah dicetak pada 22 Mac lalu. Namun, teka-teka mengenai senarai tetamu yang bakal hadir masih menjadi misteri.

Segalanya diatur dengan penuh teliti, sesuai dengan status majlis yang penuh gemilang melibatkan kerabat diraja Britain, anak bongsu kepada mendiang Puteri Diana dan Putera Charles.

Upacara yang dinanti-nantikan itu juga bakal meletakkan status pengantin perempuan di kedudukan tinggi apabila bergelar puteri diraja.

Terdapat beberapa selebriti yang dikhabarkan bakal hadir ke majlis penuh bersejarah itu.

Antaranya ialah pasangan David dan Victoria Beckham, George Clooney dan isterinya Amal, Serena Williams dan Priyanka Chopra.

Selain itu, Ellie Goulding, Elton John , Cara Delevinge dan James Blunt juga dikatakan akan hadir untuk menyaksikan penyatuan dua pasangan itu.

Sementara itu,  jumlah tetamu untuk perkahwinan Harry dikhabarkan tidak seramai tetamu pada majlis perkahwinan Putera William sebelum ini.

Dikhabarkan lebih kurang 600 orang dijemput ke upacara itu di gereja St George.

Sementara itu, mengenai gaun pengantin Meghan,  seorang wartawan, Omid Scobie berkata, sumber memberitahu bahawa gaun perkahwinan Meghan telah siap dan disimpan di Istana Windsor.

Malah, bakal puteri itu dikatakan sudah menunjukkan gaun perkahwinannya kepada Ratu Elizabeth.

Desas-desus mengatakan gaun berkenaan direka oleh Ralp & Russo.

Ia susulan tweet oleh Royal School of Needlework pada awal Mei yang menyatakan Ralph & Russo melawat pasukan mereka.

Untuk rekod, Royal School of Needlework bertanggungjawab  dalam mereka gaun perkahwinan Kate Middleton sebelum ini.

Terdapat juga khabar angin yang mengatakan Meghan bakal menggayakan salah satu koleksi tiara milik Puteri Diana.

Teka-teki mengenai gaun ini akan berakhir menerusi majlis perkahwinan mereka pada esok. Jadi, sama-sama kita nantikan.


Meghan, Winsdor, Harry

Artikel Lain