SEORANG warga emas maut selepas tergelincir di bilik mandi, dan matanya tertusuk dengan berus tandas dalam kejadian itu. Lelaki berusia 60 tahun itu dikejarkan ke hospital dekat Moscow tetapi tidak dapat diselamatkan. Doktor terpaksa membuka tengkorak mangsa bagi mengeluarkan berus tandas yang tertusuk pada mata kanannya. Menurut laporan akhbar Moskovsky Komsomolets (MK), mangsa tergelincir di bilik mandi di kediamannya di Istra dan terjauh di atas berus tandas. Doktor memberitahu, mangsa mengalami patah tulang dan kerosakan otak akibat kemalangan itu. - Mail Online UK