POLIS di China sedang menyiasat tentang seekor buaya yang terlepas dari sebuah restoran dan berjaya dirakam oleh kamera keselamatan. Rakaman yang berlaku di sebuah kedai makan di wilayah Zhejiang menunjukkan buaya tersebut berlari dalam keadaan gelap gelita apabila terlepas pada pukul 2 pagi. Polis berkata, buaya itu dibeli secara sah oleh pihak restoran, tetapi butiran lanjut mengenai insiden itu masih belum diperolehi. Bagaimanapun, buaya sepanjang hampir semeter dipercayai tidak mengancam keselamatan orang awam. Namun, pihak polish memberi amaran kepada penduduk berhampiran agar berhati-hati. - UPI