WELLINGTON: Tiga bersaudara terkejut selepas menemui bangkai seekor sotong gergasi sepanjang 4.2 meter yang terdampar di tepi pantai di sini baru-baru ini. Ketika itu, Daniel, Jack dan Matthew Aplin selesai melakukan aktiviti menyelam sebelum menyedari adanya satu objek di tepi pantai berhampiran Red Rocks di sini. “Kami tidak sangka rupa-rupanya ia seekor sotong gergasi dengan sesungut yang panjang. "Pertama kali kami melihat sotong sebesar ini,” kata Jack. Tiga beradik ini kemudiannya menghubungi Institut Air dan Penyelidikan Atmosfera Kebangsaan (NIWA) kerana percaya haiwan marin itu merupakan sejenis sotong luar biasa. Sementara itu, jurucakap agensi berkenaan menyifatkan penemuan tersebut suatu yang pelik kerana ia merupakan sejenis spesies sotong gergasi yang jarang ditemui. Bagaimanapun, pihaknya akan melakukan penyelidikan lanjut bagi memastikan spesies sebenar haiwan krustasia tersebut.-DailyMail