suria

Budak perempuan cuba 'curi' bunga di tangan Kate Middleton meninggal dunia

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun yang pernah cuba 'mencuri' bunga di tangan Kate Middleton meninggal dunia akibat penyakit yang jarang-jarang dihidapi.

Kanak-kanak berani itu, Mia Murchison meninggal dunia pada 17 Ogos selepas bertarung nyawa melawan penyakit Batten yang tidak dapat disembuhkan yang meragut penglihatannya dan kemampuannya untuk berjalan dan bercakap.

Pada April 2014 Mia, yang didiagnosis dengan penyakit itu ketika berusia tiga tahun dirakamkan gambarnya dengan Duchess of Cambridge di sebuah hospital kanak-kanak di Australia timur.

Murchison yang ketika itu berusia empat tahun cuba 'mencuri' bunga yang dipegang Kate di Bear Cottagem Manly, di pinggir bandar Sydney.

Kate yang sangat gembira melawat lokasi itu dengan Putera William kemudian memberitahu kanak-kanak itu bahawa dia boleh menyimpannya.

Apabila Murchison mengucapkan perkataan 'bayi' kepadanya, Duchess dilaporkan menjawab: "Ya, saya mempunyai bayi, bayi George."

Murchison, yang dilahirkan di Dublin, Ireland, menderita penyakit CLN2, salah satu daripada kumpulan gangguan yang secara kolektif dikenali sebagai penyakit Batten, lapor Mirror.

Keluarganya, yang berpindah dari Ireland ke Singapura dan kini tinggal di New South Wales, meluangkan banyak masa mereka untuk meningkatkan kesedaran tentang keadaan itu.

Mereka juga telah menubuhkan laman Facebook Bounce4Batten, di mana mereka memuat naik posting 10 hari yang lalu: "Mia meninggal pagi ini di rumah ketika di pangkuan kami, sangat sedih."

Batten, Kate Middleton, bunga

Artikel Lain