suria

Dua pemain Madden Classic mati ditembak 'gamer' yang tersingkir

Taylor (kiri) dan Elijah (kanan) maut ditembak dalam satu kejadian yang berlaku pada Ahad lalu.

KOMUNITI permainan dalam talian berduka di atas pembunuhan dua pemain dalam satu pertandingan di Florida pada hujung minggu lalu.

Elijah Clayton, 22, dan Taylor Robertson, 27, dibunih ketika mereka bermain Madden Classic di GLHF Gaming Bar yang terletak di Chicago Pizza, Amerika Syarikat.

Elijah yang menggunakan nama samaran Trueboy digambarkan sebagai seorang pemain Madden NFL terbaik dunia.

Manakala, Taylor pula bapa kepada seorang cahaya mata dari Ballard, West Virginia yang menggunakan nama SpotMePlzzz disifatkan sebagai seorang yang disenangi ramai oleh EA Sports pada April lalu.

Para pemain dalam talian memberikan penghormatan mereka kepada mangsa dan menyebarkan gambar Elijah dan Taylor berserta kapsyen "Juara selamanya."

Seorang pemain Madden NFL menulis di Twitter: "@trueboy dan @spotme berehat dengan tenang pada usia terlalu muda.

"Berdoa untuk semua, tiada ibu yang harus mengebumikan anak mereka.

"Spotme kini mempunyai seorang anak yang akan membesar tanpa bapanya."

Seorang lagi menulis: "Kamu secara dasarnya adalah manusia paling baik! Terima kasih kerana memberikan kesan dalam hidup saya.

David turut membunuh diri selepas menembak dua permain tersebut.

"Saya tidak akan pernah melupakan kamu! Berehat dengan tenang."

Elijah dilaporkan memenangi wang tunai bernilai 50,000 dolar Amerika (RM204,800).

Dalam video yang dimuat naik ke akaun Instagramnya, dia memberitahu tentang bagaimana dia melupakan Madden pada usia 16 tahun untuk menumpukan perhatian kepada pelajaran, namun mula bermain 'e-sports' sekali lagi ketika di kolej.

Mangsa ditembak mati ketika bermain menentang Wesley “Joe Rice” Gittens, yang terselamat daripada insiden tersebut.

Taylor yang juga seorang pemain berpengalaman memenangi wang tunai 80,500 dolar Amerika (RM329,728) sepanjang kariernya.

David Katz telah dinamakan sebagai penembak kedua mangsa terbabit dan mencederakan sembilan yang lain dalam satu kejadian tembakan di Amerika Syarikat (AS).

Penjenayah berusia 24 tahun itu memakain jaket tentera hijau membunuh dirinya selepas menembak pesaingnya dalam dunia 'e-sports' pada pertandingan Madden NFL 19 di Florida pada tengah hari Ahad.

Saksi berkata, David berang selepas tewas dalam perlawanan sengit itu dan tersingkir daripada pertandingan.

Dia mula membalas dendam selepas kembali kira-kira 15-20 minit kemudian bersama sepucuk pistol.

David berasal dari Baltimore, Maryland iaitu kira-kira 1,207 kilometer di utara Jacksonville.

Pada 2014, rekod mahkamah daripada kedua ibu bapanya menyatakan, dia mempunyai masalah kesihatan yang teruk dan memerlukan rawatan perubatan. - Mirror UK

Artikel Lain