suria

Lelaki masuk hospital selepas telan 15 biji telur rebus panas

SEORANG lelaki digegas ke hospital selepas menelan 15 biji telur yang sedang direbus.

Lelaki berusia 29 tahun dari Belanda itu didapati berada dalam pengaruh dadah ketika mula merebus telur itu bersama pasangannya.

Dia menelan telur-telur yang sedang mendidih itu, namun beberapa jam kemudian mengalami sakit di bahagian perut.

"Ketika tiba di hospital denyutan jantungnya agak laju.

"Ujian fizikal menunjukkan terdapat masalah di seluruh bahagian dalam perutnya," ujar salah seorang doktor yang merawatnya.

Malah doktor juga turut mengeluarkan cecair telur di bahagian bahagian abdomennya.

Telan telur

Artikel Lain