suria

Pertama kali dalam tempoh 50 tahun! Berlatih separuh jalan, bakal angkasawan tinggalkan Nasa

Robb Kulin. -foto Nasa/AP

BUAT pertama kali dalam tempoh 50 tahun, seorang bakal angkasawan mengambil keputusan menamatkan latihannya dengan Agensi Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik (Nasa).

Calon angkasawan Robb Kulin meletak jawatan ketika latihannya selama dua tahun di Johnson Space Center di Houston hanya berbaki setahun.

Jurucakap Nasa, Brandi Dean, berkata peletakan jawatannya berkuatkuasa Jumaat dan dia meninggalkan latihan atas alasan peribadi, yang mana agensi ruang angkasa itu tidak dapat membincangkan kerana undang-undang privasi.

Kulin adalah antara 12 angkasawan baharu yang dipilih musim panas lalu daripada 18,300 rekod pemohon.

ARTIKEL BERKAITAN: Impian musnah! Baru dapat tawaran kerja di Nasa tapi ditarik balik selepas lucah dengan 'otai' di Twitter

Kulin, 34, sedang bekerja sebagai pengurus kanan di SpaceX ketika terpilih dan berharap untuk terbang dengan sebuah kenderaan yang reka bentuknya dicipta dengan bantuannya.

SpaceX dan Boeing sedang membangunkan kapsul komersil pertama Nasa, yang dijangka dilancarkan sekitar tahun depan.

Dia dibesarkan di Anchorage, Alaska, dan pernah bekerja sebagai nelayan komersial di Alaska dan sebagai pengebom ais di Antartika.

Angkasawan pelatih terakhir yang meletak jawatan dari Nasa adalah pada tahun 1968. -AP

Nasa, angkasawan, Robb Kulin

Artikel Lain