SEORANG model Instagram yang ditemukan mati tergantung di belakang kapal mewah milik seorang jutawan Mexico kelihatan "gembira" dan "bersemangat tinggi" pada malam sebelum dia meninggal dunia. Sinead McNamara menari dan minum bersama rakan-rakan di Argostoli, sebuah kepulauan Greece (Kefalonia), kata seorang pengurus bar. Pengurus bar, Makais Chaliodis memberitahu Mail Online, wanita itu tiba bersama lima rakannya kira-kira pukul 5.30 petang Rabu lalu. "Dia duduk di atas bangku bar bersama dua rakan lelaki dan minum dua minuman koktel serta sandwich. "Mereka nampak bersemangat tinggi dan gembira. Mereka menikmati waktu tersebut sebaiknya. "Mereka meninggalkan bar pada pukul 7.30 pagi, termasuk gadis yang meninggal dunia itu, tetapi kembali semula pada pukul 1 pagi. "Kali terakhir saya nampak dia menari di atas kerusi," kata pengurus itu. Gadis kelahiran Australia berusia 20 tahun itu ditemui dalam keadaan kritikal kira-kira 24 jam kemudian, diikat dengan tali di dek belakang kapal layar Maya Mayan Queen IV, Bagaimanapun, kematian model itu masih menjadi misteri. McNamara telah bekerja selama empat bulan sebagai kru kapal yang bernilai 108 juta pound (RM575 juta) milik ahli perniagaan lombong Mexico, Alberto Baillères itu. Dia dilaporkan telah bercakap dengan seorang pengawal keselamatan 15 minit sebelum kapten kapal menjumpainya kira-kira pukul 1.45 pagi Jumaat lalu. McNamara meninggal dunia dalam perjalanan ke sebuah hospital di Athens. Pihak berkuasa berkata, bukti awal menunjukkan mangsa mungkin bunuh diri tetapi penyiasatan terhadap kematian misterinya tetap dijalankan. Pegawai berkuasa sedang meneliti pesanan dan gambar yang terdapat dalam telefon bimbit mangsa. Rakan kru memberitahu polis, McNamara mengalami putus cinta sebelum meninggal dunia. Mayat mangsa dijangka dibawa pulang ke Australia pada Rabu dan akan ditemani oleh ibunya Kylie dan kakaknya Lauren. - Mirror UK