suria

Didenda RM216,000 kerana beri gaji rendah kepada pekerja tidak mahir bahasa Inggeris

Bekas pengendali Wok Me, Luke McGrath membayar gaji rendah kepada tukang masak Edmund Wong. - Adam Armstrong

BEKAS pengendali rantaian makanan segera di Queensland, Australia didenda lebih 72,000 dolar Australia (RM216,000) kerana membayar gaji rendah kepada kakitangan yang tidak mahir berbahasa Inggeris, lapor agensi berita Xinhua memetik pihak berkuasa pada Jumaat.

Kes itu melibatkan seorang pekerja berusia 71 tahun, dilahirkan dan dibesarkan di China yang bekerja di kedai 'Wok Me' di bandar Rockhampton.

Lelaki itu dibayar kurang 13,000 dolar Australia (RM39,134) lebih empat bulan pada 2016 oleh bekas pemilik dan pengendali Luke McGrath, menurut kenyataan pihak Ombusman yang bertanggungjawab memastikan keadilan kepada pekerja.

Menurut kenyataan itu lagi bayaran lebih masa, cuti tahunan dan kelebihan persaraan juga lebih rendah.

"Pekerja itu kini telah dibayar balik sepenuhnya.

"Pekerja yang lebih berusia didapati sering dipinggirkan di tempat kerja kerana tidak diberi peluang lebih namun tidak membuat aduan.

"Pihak Ombudsman mengambil tindakan mahkamah ke atas 'Wok Me' kerana kami mahu memastikan keadilan kepada pekerja yang tidak menerima upah sepatutnya," kata ketua agensi tersebut, Sandra Parker. - Bernama

Wok Me

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain