suria

Gaduh dengan wanita Thai, bibir bawah hancur digigit!

PARA sukarelawan penyelamat mungkin tidak bersedia untuk melihat insiden luar biasa yang berlaku di Pattaya, awal pagi Khamis apabila seorang warga India berusia 30 tahun digigit oleh seorang wanita Thailand dalam satu pergaduhan.

Dalam video yang disiarkan oleh laman berita tempatan Pattaya, Siamchon News, Sukanya Paphag, 38 tahun, dapat dilihat sedang bergelut dengan Shashank Agarwal di kaki lima jalan.

Apabila sukarelawan penyelamat tiba pada jam 4 pagi, mereka mendapati bahagian mulut Agarwal berlumuran darah dengan potongan daging hilang dari bibir bawahnya, menurut Workpoint.

Dalam video itu, selepas mereka dipisahkan oleh orang awam yang ada di situ, Paphag dapat didengar memarahi lelaki itu sambil menjerit 'celaka kamu pukul saya'.

Ketika Paphag bertegas dan bersungguh-sungguh menyatakan bahawa Agarwal menyerangnya, lelaki itu berteriak kembali menyatakan bahawa tidak melakukan apa-apa.

Penyelamat melakukan rawatan perubatan asas terhadap Agarwal sebelum dia digegaskan ke Hospital Memorial Pattaya, lapor Siamrath.

Pihak berkuasa merancang menginterogasi kedua-dua pihak sebelum mengeluarkan sebarang pendakwaan.

Paphag kini berada dalam tahanan polis.

bibir, gaduh

Artikel Lain