suria

Ular kepala dua dijumpai di taman di Amerika Syarikat

SEEKOR ular tembaga berkepala dua dijumpai di Amerika Syarikat.

Ular berbisa itu ditemukan di sebuah taman di Richmond, Virginia pada Khamis.

Reptilia itu ditangkap oleh Pengurusan dan Kawalan Hidupan Liar Virginia, dan kini dijaga oleh petugas reptilia yang berpengalaman.

Ia diambil untuk ujian radiografi untuk pakar melihat bagaimana dua kepala ular tersebut berfungsi.

Spesimen anak ular itu diperiksa oleh herpetologi negeri, JD Kleopfer di Waynesboro, Virginia.

Kleopfer menulis di Facebook: "Ular 'bicephalic' liar amat jarang ditemui kerana jangka hayatnya tidak panjang.

"Terlalu banyak cabaran yang dilalui setiap hari jika hidup dengan dua kepala." - Mirror UK

ular kepala tembaga

Artikel Lain