SEORANG guru sekolah rendah, Samelyn Lafuente dari bandar Masbate, Filipina, menghabiskan tiga tahun mengubah bilik darjah kepada fantasi kanak-kanak perempuan yang menjadi realiti, menerusi dekorasi bertemakan kartun Hello Kitty. Memasuki kelas Lafuente, anda akan teruja dan berpendapat ia adalah obses seorang peminat watak kartun dari Jepun yang popular itu. Lantainya dilitupi dengan karpet bertemakan Hello Kitty, dinding berwarna merah jambu. Foto Glay Franco Bacolod/Facebook Malah, kesemua meja dan setiap hiasan di mana-mana termasuk yang tergantung pada dinding dan tingkap adalah Hello Kitty. Rancangan Lafunte itu untuk mewujudkan kawasan pembelajaran yang boleh menggembirakan murid-muridnya semasa di sekolah. Beberapa gambar kelas Hello Kitty itu dikongsi di laman sosial Facebook oleh Glay Franco Bacolod, dan tular di beberapa negara Asia, termasuk China. Foto Glay Franco Bacolod/Facebook Ramai memuji tindakan Lafuente yang bersungguh-sungguh bagi menggembirakan murid-muridnya, meskipun terpaksa menggunakan wang poket sendiri. Bercakap kepada GMA News, Laguente berkata, transformasi kelasnya bermula sejak tiga tahun lalu dengan penambahan warna merah jambu dan dekorasi baharu. Walaupun menggunakan wang poket sendiri, tetapi melihat kegembiraan kanak-kanak yang merupakan murid-muridnyanya setiap hari, disifatkan amat berbaloi. - odditycentral