PENANTIAN dua pelajar selama sembilan jam untuk melihat kemunculan Duke dan Duchess of Sussex ternyata berbaloi apabila mereka berpeluang bergambar bersama pasangan diraja itu. Meghan Markle dan Putera Harry bertemu dengan orang ramai di Memorial Perang Kebangsaan di Wellington sejurus selepas tiba di New Zealand. Sewaktu pasangan diraja itu bertemu dengan khalayak, seorang ibu, Jan Richardson terpaku sebelum meminta izin Putera Harry untuk bergambar bersama Sophie Hubbard dan Hope Watson, kedua-duanya berumur 10 tahun. Sophie Hubbard dan Hope Watson, bertuah bergambar bersama Putera Harry dan Meghan Markle. Foto PA Dia berkata: "Saya hanya tanya boleh saya mengambil gambar, boleh ambil sekeping gambar? dan Harry berkata 'Yeah, sudah tentu!" "Kami menunggu di sini sejak pukul 8 pagi. Malah terdapat rancangan untuk bermalam untuk keseronokan itu," katanya. Meghan dan Putera Harry tiba di New Zealand pada pagi Ahad dalam program lawatannya selama 16 hari. Pasangan diraja itu juga akan berkunjung ke Auckland dan Rotura dalam beberapa hari. - Mirror Online