suria

Setahun hidup dengan sudu besi tersangkut dalam tiub saluran makanan

Gambar sinar x menunjukkan sebatang sudu tersangkut dalam tiub saluran makanan dalam badan seorang lelaki. Foto Foto Xinjiang Meikuang General Hospital

SEORANG lelaki warga China bertindak menelan sebatang sudu besi lapan inci, tahun lalu.

Ia kemudian tersangkut dalam tiub saluran makanan esofagus.

Dia bagaimanapun dapat minum dan makan seperti biasa, menyebabkan dia tidak memerlukan bantuan perubatan untuk mengeluarkan sudu tersebut.

Namun dia hanya mula merasai sakit dada beberapa hari lalu, selepas ditumbuk pada bahagian berkenaan.

Warga China dari wilayah Xinjiang itu memberitahu doktor bahawa dia menelan sudu besi dalam satu taruhan pengambilan minuman keras.

Dia memberitahu rakannya bahawa dia boleh menelan sudu dan dapat menariknya kembali menggunakan tali yang diikat pada pemegangnya.

Foto Xinjiang Meikuang General Hospital

Malangnya, ia tidak mengikut seperti yang dirancang dan sudu tersebut tersangkut dalam tiub saluran makanannya.

Dia bagaimanapun tidak pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan hanya membiarkan sudu tersebut berada di dalam badannya sejak tahun lalu.

Jika tidak dia ditumbuk pada bahagian dada, sudu berkenaan sudah pasti berada di dalam badannya lebih lama.

Dia bukan saja mengalami sakit dada, tetapi mengalami kesukaran untuk bernafas.

Akibat kesakitan itu, dia akhirnya pergi ke Hospital Xinjiang Meikuang untuk mendapatkan bantuan. - odditycentral

Artikel Lain