DOKTOR bersama pasukan perubatan bingung dan seakan tidak percaya apabila mereka mengeluarkan berpuluh-puluh objek logam termasuk gelang, cincin dan pin rambut dari perut seorang wanita. Wanita itu, yang hanya dikenali sebagai Sangita, dimasukkan ke hospital selepas mengalami sakit perut yang teruk. Doktor kemudian menjalankan beberapa ujian untuk mencari punca kesakitannya. Tetapi mereka sangat terkejut apabila mendapati benjolan di perutnya mengandungi berpuluh-puluh objek asing. -foto Newslions Pesakit itu dipercayai telah menelan barang-barang tersebut dalam tempoh masa yang lama, menyebabkan perutnya mengeras. Pakar bedah kanan di hospital awam Ahmedabad di India, Dr Nitin Parmar berkata: "Perut wanita itu keras macam batu. Apabila kami buat X-ray, ada ketulan di perutnya. "Pin keselamatan yang dimakan sebahagiannya telah menyebabkan paru-parunya berlubang, malah satu pin yang dimakan telah merosakkan dinding perutnya, menyebabkan kami melakukan pembedahan segera." Doktor kemudian diberi tugas mengeluarkan pelbagai barangan yang dimakan, kebanyakannya objek tajam dan logam. Paku, pin, wayar dan dawai antara yang dimakan wanita ini. -foto CatersNewsAgency Satu barang yang ditemui dalam prosedur itu adalah 'mangalsutra', kalung tradisional yang dipakai oleh wanita beragama Hindu yang sudah berkahwin. Masih tidak diketahui mengapa dia makan barang-barang tersebut. Sangita. -foto Newslions Sangita dianggap menderita 'acuphagia', satu gangguan yang jarang berlaku di mana seseorang itu makan objek logam dan tidak dapat dicerna. Sebelum menjalani pembedahan dan dimasukkan ke hospital kerajaan, dia didapati sering merayau di sekitar jalan. Selepas beberapa hari, dia mula mengadu sakit di perut. Dia akan ditahan untuk pemerhatian doktor. -Mirror