suria

Pengantin lelaki muncul selepas 3 jam ditembak, bersanding dengan peluru tertanam di bahu

Pengantin lelaki bersanding dalam keadaan peluru masih di bahu. -fotoNDTV

SEORANG pengantin lelaki ditembak oleh dua lelaki ketika dia sedang diarak menuju ke majlis perkahwinannya.

Dia bagaimanapun berjaya muncul semua dalam majlis, beberapa jam kemudian selepas mendapatkan rawatan dan melafazkan ikrar perkahwinannya, kata polis pada Rabu.

Dua penyerang yang tidak dikenali tersebut telah bergaul dengan tetamu majlis yang menari dalam perarakan ketika pengantin lelaki berusia 25 tahun itu dalam perjalanan pada jarak kira-kira 400 meter ke upacara itu yang berlangsung di New Delhi.

Menurut polis dua lelaki berkenaan bertindak memanjat kenderaan pengantin dan melepaskan tembakan sebelum melarikan diri ketika suasana panik.

Pengantin lelaki yang ditembak di bahu terus rebah dan digegaskan ke hospital, di mana doktor dapat menghentikan pendarahan tetapi tidak dapat mengeluarkan peluru tanpa melakukan pembedahan utama.

-fotoANI

Pengantin lelaki, dalam keadaan berbalut kembali bertemu pengantin perempuannya hanya tiga jam kemudian dan dapat melakukan ritual perkahwinannya.

"Peluru itu tersekat di antara tulang bahu," kata Timbalan Pesuruhjaya Polis Delhi Vijay Kumar kepada AFP.

Pihak polis sedang mencari kedua-dua suspek yang masih belum dijumpai.

Mereka tidak menimbulkan menunjukkan sebarang motif apabila melakukan serangan tersebut tetapi menyatakan ia tidak kelihatan seperti satu serangan rawak.

Banyak bandar di India meriah dengan musim majlis perkahwinan tradisional yang bermula minggu lalu.

Kejadian tembak itu bukan yang pertama berlaku ketika majlis perkahwinan di India.

Seorang pengantin lelaki ditembak mati di utara negeri Uttar Pradesh pada April semasa upacara perkahwinannya.

Pada tahun 2016, seorang pengantin lelaki ditembak mati secara tidak sengaja ketika dia sedang menunggang kuda untuk majlis perkahwinannya di Uttar Pradesh. -Straits Times

pengantin, tembak

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain