suria

Lelaki seludup burung dalam beg disyaki untuk berjudi, ditahan di lapangan terbang

Contoh imej burung finch. - Foto Pixabay

SEORANG lelaki ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa JFK New York pada hujung minggu lalu kerana cuba menyeludup masuk puluhan burung finch Amerika Selatan.

Pihak kerajaan Amerika Syarikat (AS) khuatir sekiranya burung tersebut akan menyebarkan penyakit.

Kira-kira 70 burung finch ditemui di dalam bungkusan penghantaran penggelek rambut di lapangan terbang tersebut apabila seorang pakar pertanian Kastam dan Perlindungan Sempadan AS memeriksa beg penumpang lelaki yang tidak dikenali itu.

Beberapa ekor burung tersebut mati dalam perjalanan.

Kata jurucakap Kastam Anthony Bucci, burung-burung itu mungkin akan dijual kepada pendatang Guyana bagi tujuan perjudian yang mengira berapa kerap burung itu mencicip dalam seminit.

"Mungkin juga burung itu akan dijadikan burung peliharaan, tetapi dalam masyarakat Guyana, tujuan utama adalah untuk pertaruhan," kata Bucci.

Penumpang itu tidak dibenarkan masuk ke AS dan dihantar semula ke Guyana, kata Bucci.

Burung-burung finch tersebut dikuarantin dan diasingkan oleh Perkhidmatan Pemeriksaan Kesihatan Veterinar Haiwan dan Tanaman (APHIS).

Burung tersebut boleh menyebarkan jangkitan seperti selsema burung.

Wabak selesema burung pada 2015 mengakibatkan 50 juta ayam belanda dan ayam komersial dihapuskan. - Reuters

burung finch

Artikel Lain