SEORANG lelaki warga Singapura yang digambarkan sebagai 'monster' (raksasa) oleh pendakwa dijatuhi hukuman penjara 25 tahun, enam bulan kerana memaksa isterinya menjadi pelacur. Dia juga melakukan salah guna seksual terhadap anak perempuannya yang berusia enam tahun serta anak saudara isterinya. Tempoh hukuman itu adalah lebih dari 22 tahun yang diminta oleh pendakwa raya kerana graviti kesalahan, termasuk menumbuk isterinya untuk memaksa dia menjadi pelacur untuk menyara kehidupan. Hakim Mahkamah Tinggi juga menjatuhkan hukuman 24 sebatan dan denda S$12 (RM36,120) terhadap lelaki itu yang juga seorang penganggur, yang tidak dapat dinamakan atas alasan undang-undang. "Tertuduh berusia 27 tahun itu adalah seekor 'monster'," kata Timbalan Pendakwa Raya Eunice Lau di mahkamah. "Kekejaman seksualnya menjijikkan dan perlanggarannya tidak pernah berlaku sebelum ini, melibatkan eksploitasi secara seksual terhadap tiga wanita yang paling lemah dalam hidupnya yang mana dia mempunyai tanggungjawab untuk melindungi setiap seorang daripada mereka," kata Lau menamakan isterinya, anak perempuan mereka dan anak saudara perempuan isterinya yang berusia 13 tahun. Lelaki itu telah memaksa isterinya untuk mengiklankan perkhidmatan seksnya dalam talian menggunakan keganasan fizikal dan emosi 'untuk memastikan dia memenuhi kuota harian pelanggan' tambah Lau. Dia juga memaksa isterinya secara diam-diam membuat rakaman dirinya melakukan seks dengan pelanggan, kata pendakwa. Mahkamah mendengar bahawa lelaki itu juga melakukan salah laku seksual terhadap anak perempuannya yang berusia enam tahun dan mencabul anak saudara isterinya. Sepanjang tempoh tiga bulan pada 2016, isteri lelaki itu menyediakan perkhidmatan seksual kepada lebih 100 pelanggan lelaki dengan berpendapatan hampir S$11,000 (RM33,110) yang diberikan kepada suaminya. -AFP/mailOnline