SEORANG pemuda berang apabila menerima lukisan tatu yang terlalu 'hodoh' di bahagian lengannya. Christopher Finch, 23, pada mulanya mempunyai tatu bercorak tengkorak dan mahu ia ditutup dengan tatu baharu, bercorak watak Grim Reaper. Setelah menjemput pelukis tatu yang dikatakan berpengalaman selama 20 tahun, dia ternyata kecewa dengan hasil yang diberikan. Ujar Chris, dia terkejut sejurus tatu itu siap dilukis dan menyangka ia dilukis oleh budak berusia sembilan tahun. Hasil siasatan, pelukis itu masih lagi menjalani latihan dan belum layak untuk melukis tatu. "Saya terganggu, tak tahu nak buat apa. Pelukis tu nampak baik sahaja. "Dia kata ada 20 tahun pengalaman, ingatkan dia betul-betul hebat. "Saya bayar £80 (RM369) untuk tutup tatu lama dengan tatu baharu, tapi ini yang jadi," kata Chris lagi. Malah, Chris juga gagal menghubungi semula pelukis tersebut untuk membetulkan semula apa yang berlaku. Lebih teruk, dia juga terpaksa mengeluarkan belanja besar untuk membetulkan semula tatu di lengannya. - DailyStar.