suria

Makan kerana cemas... selonggok batu, duit syiling, penutup botol ditemui dalam perut

Sejumlah batu kecil, duit syiling dan penutup botol dikeluarkan dari perut seorang pesakit. Foto American Journal of Medical Case Reports

SEKUMPULAN doktor dikejutkan dengan penemuan selonggok batu, penutup botol dan duit syiling dalam perut seorang pesakit.

Ia berpunca daripada tabiat memakannya kerana mahu mengatasi rasa cemas atau kebimbangannya.

Lelaki berusia 54 tahun itu dimasukkan ke hospital selepas mengalami sakit perut yang teruk dan kembung.

Doktor melakukan beberapa ujian untuk menentukan punca kesakitan yang dialami pesakit warga Korea tersebut.

Mereka kemudian mendapati terdapat sesuatu yang menyerupai batu-batu kecil semasa menyentuh perutnya.

Imbasan mendedahkan terdapat selonggok objek yang memenuhi pesakit.

Imbasan sinar-X menunjukkan terdapat selonggok benda asing di dalam perut seorang pesakit. Foto American Journal of Medical Case Reports

Lebih mengejutkan apabila mereka menemui benjolan di dalam perut yang mengandungi banyak benda asing.

Ia meliputi selonggok batu, penutup botol dan duit syiling seberat 2 kilogram, semasa dikeluarkan dari perutnya.

Kes yang luar biasa itu diterbitkan oleh Dr Pyong Wha Choi dalam Jurnal Amerika Laporan Kes Perubatan.

Pesakit tersebut dipercayai menelan kesemua barang itu dalam tempoh yang lama sebagai cara untuk menangani kebimbangan.

Semasa disoal siasat, dia mengaku sering menelan duit syiling dan batu-batu kecil setiap kali berasa cemas meskipun dia mengambil ubat untuk bertenang.

Pesakit terbabit, dipercayai dari Goyang, utara Seoul, Korea Selatab dilahirkan dengan ketidakupayaan intelektual. - Mirror UK

Artikel Lain