SEORANG model dilaporkan menjual keperawanannya lebih 2 juta pound sterling (RM10.6 juta) dan seorang pemain bola sepak terkemuka antara pembida tertinggi. Namun pembida tertinggi setakat ini adalah seorang ahli politik dari Tokyo, Jepun. Mahbuba Mammadzada, 23, atau lebih dikenali sebagai Maria berkata dia mahu menjual daranya untuk membuat ibunya bangga dan mereka dapat melancong di merata dunia bersama-sama. Maria melelong daranya itu di sebuah laman web berpangkalan di Jerman. Berdasarkan profil Maria, dia turut mencari seorang 'sugar daddy' yang sanggup menyediakan elaun bulanan sebanyak 26,000 pound (RM138,315) kepadanya. Menurut laman web tersebut, lelongan sudah ditutup tetapi mengesahkan pembida kedua tertinggi adalah seorang peguam dari London. Pembida ketiga tertinggi pula adalah seorang pemain bola sepak dari Munich. Maria turut memiliki sijil perubatan yang mengesahkan dia masih dara. "Saya mahu menjual keperawanan saya kerana saya mahu memiliki sebuah rumah untuk saya dan juga ibu. Jadi kami boleh tinggal bersama-sama dan melancong ke seluruh dunia. "Saya mahu terus menetap di Amerika Syarikat (AS) dan meneruskan karier peragaan saya di sana. "Saya suka anjing dan bercita-cita untuk membuka rumah perlindungan untuk haiwan itu di negara saya. Ibu saya melakukan apa sahaja untuk saya dan kini giliran saya untuk membuatnya bangga," kata Maria. Maria turut memiliki sijil perubatan yang mengesahkan dia masih lagi dara. Pada tahun lalu, dia turut melakukan catwalk bersama dengan selebriti AS, Paris Hilton, 37, pada pertunjukan fesyen di Turki. Model terkemuka dari Azerbaijan itu mempunyai lebih 32,000 pengikut di Instagram. - Mirror.co.uk