suria

Suami isteri didakwa dera amah, paksa makan muntah

Tay dan isterinya, Chia dijangka dijatuhkan hukum pada 18 Mac depan.

SEORANG pengurus jualan memasukan corong ke dalam mulut salah seorang pembantu rumahnya dan menuang campuran beras dan gula selepas wanita itu mengadu tidak cukup makan.

Chia Yun Liang kemudian mengarahkan Moe Moe Than untuk makan makanan yang dimuntahkannya itu.

Demikian pengakuan dibuat Moe Moe yang juga warga Myanmar berusia 32 tahun.

Dalam pada itu, Chia turut merotan pembantu rumah tersebut dan mengugutnya dengan berkata dia akan mengupah pembunuh upahan untuk membunuh ahli keluarganya di Myanmar.

Hakim Daerah Singapura, Olivia Low mendakwa Chia, 43, atas lapan pertuduhan mengasari Moe Moe manakala satu pertuduhan mengeluarkan kata-kata kesat.

Hakim turut mendapati ibu kepada tiga orang anak itu melakukan kesalahan dibawah Akta Pengambilan Tenaga Kerja Asing.

Ini termasuk memaksa pembantu rumahnya untuk melakukan tugas dengan hanya memakai coli dan berseluar pendek serta gagal memberi makanan mencukupi.

Pada Isnin, Hakim Low turut mendakwa suami Chia, Tay Wee Kiat yang juga bekas pengurus IT atas enam pertuduhan melakukan kekasaran.

Terdahulu, Chia dan Tay turut dihadapkan ke mahkamah pada Mac 2017 kerana mendera seorang pembantu rumah mereka yang dikenali sebagai Fitriyah, 34.

Akibat perbuatan itu, Tay, 41, dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan empat bulan manakala isterinya dipenjara dua bulan kerana melakukan serangan.

Fitriyah bekerja di flat yang sama dengan Moe Moe.

Tempoh hukuman penjara Tay dinaikkan kepada tiga tahun dan tujuh bulan manakala Chia kekal dua bulan penjara selepas rayuan Mahkamah Tinggi Singapura pada Mac tahun lalu.

Pasangan itu masih bebas sehingga perbicaraan kedua yang menimbulkan kebimbangan penderaan terhadap Moe Moe. - The Straits Time/Asia News Network

amah, dera, muntah

Artikel Lain