suria

Pesawat alami kelewatan gara-gara penumpang mengamuk makanan kegemaran tidak ditawarkan

TERDAPAT beberapa sebab pesawat yang anda naiki berdepan kelewatan.

Punca utama mungkin disebabkan cuaca buruk selain masalah teknikal.

Namun tindakan seorang penumpang yang cerewet mungkin boleh ditambah dalam senarai punca kelewatan suatu penerbangan.

Situasi tersebut benar-benar berlaku dalam pesawat Air Canada apabila seorang individu yang menaiki penerbangan kelas perniagaan menyebabkan kelewatan selama lima jam.

Susulan itu dia terpaksa diarahkan keluar daripada pesawat terbabit.

Semuanya gara-gara pilihan makanan kegemarannya tidak ditawarkan dalam penerbangan itu.

Penumpang lelaki tersebut mengamuk apabila dimaklumkan hidangan bebas gluten dan daging tidak disediakan dalam penerbangan berkenaan.

Menurut Canada TV, penumpang itu memaklumkan kepada anak kapal bahawa dia tidak boleh makan daging atau makanan berasaskan gandum.

Salah seorang penumpang yang menyaksikan kekecohan itu memberitahu portal berita itu bahawa penumpang tersebut berkelakuan agak melampau terhadap anak kapal.

"Jika saya tak dapat (hidangan) ikan, akan timbul masalah," kata lelaki tersebut.

Lelaki tersebut cuba ditenangkan anak kapal sebelum melayan penumpang kelas perniagaan yang lain.

Akhirnya dia diarahkan meninggalkan pesawat berkenaan. - Mirror.co.uk

Air Canada, mengamuk

Artikel Lain