SEORANG lelaki dari New Jersey, Amerika Syarikat tidak akan melupakan hari ulang tahunnya ke-62 selepas nombor telefonnya dipaparkan di sebuah papan iklan, untuk menghubunginya dan memberikan ucapan hari jadi. Setakat ini, dia menerima lebih 15,000 panggilan dan pesanan teks dari seluruh dunia. Sebelum ini, anak lelaki Chris Ferry pernah membuat gurauan semasa pergi ke restoran dengan memberitahu pelayan bahawa ia adalah hari ulang tahunnya. Tahun ini, anak lelakinya melakukan kelainan dengan menyewa papan iklan di Linwood, New Jersey dengan memaparkan nombor telefonnya. Ia mungkin dianggap sebagai gurauan, tetapi bapanya menerima beberapa panggilan telefon daripada individu tidak dikenali. Bagaimanapun, keadaan semakin tidak terkawal apabila gambar tersebut tular di media sosial. Papan ikan yang dipasang apda 6 Mac lalu dan setakat 12 Mac, Chris Ferry menerima lebih 15,000 panggilan dan pesanan teks dari pelbagai negara seperti Filipina, Kenya, Ireland, Guatemala, Nepal dan Australia. - odditycentral