SEORANG hakim memerintahkan agar seorang lelaki di Hawaii, Amerika Syarikat supaya tidak minum air kegemarannya sebagai satu hukuman ke atasnya. Maui News melaporkan pada Ahad bahawa Hakim Litar Kedua Rhonda Loo mengenakan hukuman itu pada Jumaat ketika menjatuhkan hukuman terhadap seorang pemuda berusia 21 tahun, Christopher Montilliano Jr. Montilliano mengaku bersalah terhadap kesalahan memandu kenderaan tanpa lesen yang didakwa ke atasnya. Polis berkata, pemuda itu ditahan di Wailuku dan didakwa kerana mencuri kereta jenis Honda Accord 1990 dari sebuah stesen Texaco. Laporan tersebut mendedahkan hakim memberitahu Montilliano telah menipu polis dengan mengatakan dia membawa kereta itu untuk membeli soda dan berselindung bahawa dia sebenarnya mencuri kereta berkenaan. Hakim kemudian mengarahkannya untuk tidak minum Pepsi selama empat tahun di samping denda $100 dan (RM407) melakukan khidmat komuniti selama 100 jam. - News Observer