WILL Connolly atau lebih dikenali 'Egg Boy' mengakui terharu dengan sokongan semua orang di seluruh dunia. Connolly,17, diangkat sebagi wira selepas dengan selamba memecahkan telur mentah ke atas kepala ahli politik Australia Fraser Anning berikutan komen berunsur rasis selepas serangan pengganas di dua buah masjid di Christchurch dua minggu lalu. "Saya sangat bangga dan teguh berdiri dengan apa yang betul, dan menggalakan semua orang untuk yakin dengan apa yang dipercayai. "Saya tidak melakukan keganasan dan tidak akan 'melakukan' telur kepada seseorang, dan setiap orang ada hak kepada pandangan masing-masing, tetapi saya sedar alasan untuk berbuat demikian kerana jika tiada orang yang buat sesuatu, saya buat," jelasnya dalam posting pertama di instagramnya selepas insiden memecah telur ke atas kepada Anning. Jelas Connolly, dengan rendah diri untuk memberikan lebih banyak cahaya sebagai tindak balas terhadap tembakan Christchurch. "Hati saya bersama-sama dengan mangsa-mangsa yang menderita. Saya mengenali seroang wanita yang memmberitahu tempoh gelap dalam hidupnya. Ini adalah kali pertama dia tersenyum selepas insiden tembakan, dan sangat bermakna bagi saya. "Fokus utama saya adalah siapa yang menderita dan mengatasi isu ini. Saya sangat gembira semua orang bersatu dengan cara itu. "Saya akan terus cuba dan membuat dunia menjadi tempat yang lebih baik dan saya berharap berakhirnya isu perkauman. Teruskan sebar kasih sayang."