PENERBANGAN tambang murah Singapore Airlines, Scoot dari Singapura menuju ke Taipei pada Ahad mengalami tekanan abnormal pada kabin semasa pesawat sedang menurun. Keadaan itu menyebabkan pengakifan topeng oksigen dalam pesawat. Namun pesawat TR996 akhirnya selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan, Taipei kira-kira pukul 1.15 petang. Seorang penumpang yang menaiki pesawat itu bersama bayinya memberitahu anaknya mengalami muntah semasa kejadian itu. Tiada laporan kecederaan diterima, kata jurucakap syarikat penerbangan tersebut. Siasatan telah dijalankan ke atas pesawat itu. Menurut laman web Taiwan ETtoday, semasa topeng oksigen diaktifkan, krew kabin segera memberitahu penumpang supaya memakainya. Seorang penumpang dalam penerbangan itu berkata, juruterbang memaklumkan terdapat masalah dengan pesawat yang menyebabkan tekanan udara pada kabin. Semasa kejadian pesawat itu membawa 180 penumpang. Menurut jurucakap syarikat penerbangan itu, topeng oksigen tersebut diaktifkan oleh juruterbang. Dalam satu kenyataan, Scoot memberitahu bahawa 'siasatan awal menunjukkan juruterbang membuat beberapa keputusan prosedur dalam fasa penurunan pesawat yang menyebabkan berlakunya tekanan udara di dalam kabin." - The Straits Times/Asia News Network