SELEPAS menyepi seketika, Momo kembali untuk membalas dendam dan karakter itu muncul dalam versi video 'Baby Shark'. Polis Sepanyol percaya penggodam internet menghidupkan kembali watak Momo dengan menyelitkannya ke dalam video 'Baby Shark' dan klip media sosial lain yang disasarkan kepada kanak-kanak. Cabaran Momo menggemparkan dunia tahun lalu apabila ia mencabar pengguna berkomunikasi dengan individu tidak dikenali. Cabaran itu meminta pengguna menambah kenalan dan menghubungi seseorang digelar 'Momo'. Ia kemudian menghantar imej menakutkan dan mesej ganas yang menggalakkan keganasan atau bunuh diri. Momo sekali lagi menggemparkan dunia awal tahun ini apabila ia muncul dalam video YouTube kanak-kanak termasuk Peppa Pig untuk menakutkan golongan tersebut. "Tidak, Momo tidak wujud, ia adalah karakter lama yang viral dan muncul dengan beberapa perubahan yang merosakkan. "Kita perlu bekerja untuk menghalang ia daripada tersebar," kata jurucakap polis. - Mirror.co.uk