SEBAGAI ibu bapa, mereka sudah tentu mahu melihat anak-anak membesar dan mempunyai anak sendiri. Baru-baru ini, seorang wanita secara terbuka menceritakan mengenai konflik bersama ibu mentua, selepas memberitahu dia dan suami tidak akan mempunyai anak. Dia yang meluahkan perkara itu di laman sosial Reddit memberitahu, ibu mentuanya mendesak mereka untuk segera mempunyai anak. Pasangan yang telah berkahwin itu begitu yakin tidak mahu mempunyai anak selepas suaminya melakukan proses pemandulan atau vasektomi, manakala dia sendiri menjalani prosedur berkaitan. Suatu hari, berlaku pertengkaran antara wanita itu bersama ibu mentua sehingga terbongkar mengenai saluran peranakannya diikat. "Suami dah lakukan vasektomi, dan tiub saya diikat. Kami tidak akan ada anak. Kamu harus berhenti membangkitkan hal ini. "Dia (ibu mentua) mula menangis dan cuba menahan kemarahannya. Keluarganya kemudian memandang kami dengan hina," tambahnya. Ibu mentuanya kemudian mahu melupakan isu tersebut, dan meminta untuk berjumpa dan mendengar alasan kenapa mereka memerlukan anak. Keengganan wanita itu untuk berdamai membangkitkan lagi kemarahan ibu mentuanya. "Baiklah, saya rasa kamu berdua tidak bersedia untuk menjadi diri yang sebenar. "Saya mahu duit balik di atas apa yang kami telah bayar untuk majlis perkahwinan kamu," ujar ibu mentuanya. - Mirror UK