DUA ekor anjing menyerang tuannya sampai mati dan menyeret mayat di taman sebelum kedua-duanya ditembak mati. Pemilik anjing itu, Ruan van Staden mengalami kecederaan di bahagian kepala dan lehernya dalam insiden di kediamannya di Ermelo, Afrika Selatan pada Khamis lalu. Pasukan paramedik bergegas ke lokasi kejadian tetapi tidak dapat menyelamatkan mangsa berusia 20 tahun itu kerana bimbang mereka turut diserang. ARTIKEL BERKAITAN: Beruang 'ratah' anjing, tuan yang selamatkannya 4 tahun lalu sampai tinggal tulang ARTIKEL BERKAITAN: Maut Dibelit Ular Sawa Perliharaan Sendiri Dua pengawal keselamatan bersenjata kemudian berjaya mengusir anjing tersebut dengan melepaskan tembakan. Ruan van Staden. Foto Facebook News 24 melaporkan bahawa Bester Maree dari unit keselamatan ACSU dipetik sebagai berkata bahawa sebaik tiba di tempat kejadian, kedua-dua anjing itu sedang meratah leher dan kepala Van Staden. Beliau berkata, anjing-anjing tersebut menyeret mayat van Staden di taman dengan keadaan pakaiannya koyak-rabak. "Ia merupakan salah satu kejadian mengerikan yang pernah saya lihat," katanya. "Banyak darah di taman dan dia terbaring berlumuran darah," tambahnya. Maree berkata, punca anjing-anjing tersebut memakan tuannya masih menjadi misteri. - Mirror UK