SEBELUM ini, mumia menjadi tajuk berita utama setiap kali penemuan terbaharu diperoleh di pusara purba Mesir. Bagaimanapun, terkini sejumlah besar tikus mumia antara haiwan yang ditemui dalam makam purba dalam penemuan pada Jumaat lalu. Perkara itu didedahkan kementerian warisan dalam usaha untuk menarik kehadiran lebih ramai pelancong di wilayah Sohag. Makam yang berusia lebih 2,000 tahun di bandar Akhmim dan dipercayai menempatkan pegawai kanan kerajaan lampau. "Ia antara penemuan paling menarik pernah diperoleh di kawasan itu," jata Setiausaha Agung Majlis Tertinggi Warisan kementerian berkenaan. Mumia manusia ditemui di dalam makam itu, bersama lebih 50 mumia tikus dan kucing pada era Ptolemy. Kebelakangan ini, industri pelancongan Mesir bergelut dengan pelbagai isu dan taklimat pada minggu lalu diharap dapat menarik perhatian duniaSohag telah digambarkan sebagai salah satu bandar yang kaya dengan peninggalan sejarah di Mesir sesuai dengan pembukaan sebuah muzium tahun lalu. Bagaimanapun, suasana politik yang tidak stabil sejak revolusi 2011 menyebabkan penurunan jumlah pelancong. Tambah memburukkan keadaan apabila pihak berkuasa yang menemui pelbagai peninggalan purba telah didakwa gagal memelihara warisan negara itu.-JakartaPost