SEORANG pendandan rambut warga Britain dikecam netizen kerana mahu mengenakan caj tambahan sekiranya pelanggan berketinggian lebih 5 kaki 8 inci atau mempunyai rambut panjang mencecah baju dalam. Menerusi Insta Story dengan butiran harga yang dikongsikan oleh salun @HairAdvisorUK di Twitter, seorang pengguna bertanya, adakah pendandan rambut mengharapkan sesuatu yang keterlaluan daripada pelanggan. Seorang pendandan rambut meletakkan syarat panjang terhadap pelanggannya dan ia bukan sekadar rambut. Kenyataannya itu menarik perhatian media sosial, dengan netizen mempersoalkan tindakan pendandan itu tidak masuk akal. Berdasarkan posting terdahulu, pendandan itu memberitahu: "Mohon perhatian terdapat perubahan harga. "Jika anda berketinggian 5 kaki 8 inci, terdapat caj tambahan. "Jika rambut anda sepanjang paras baju dalam atau lebih, akan ada juga caj tambahan," katanya. - Daily Mail UK