DUA wanita dituduh memotong kemaluan anak lelakinya sebelum membunuh kanak-kanak berusia sembilan tahun itu. Rosana Candido,27, dan seorang lagi wanita Kacyla Pessoa,28 dari Brazil memberitahu mereka menikam kanak-kanak itu lebih daripada 12 kali dan mensiat semua kulit dari muka sebelum mencincang badannya. Mereka mendakwa punca berbuat demikian adalah kerana kanak-kanak yang dikenali Rhuan itu menyerupai wajah bapanya. Pasangan wanita itu melakukan pembunuhan kejam tersebut di kediaman mereka di Samambaia lebih kurang 20 batu dari pusat bandar Brasilia. Bagi menghilangkan bukti, mereka cuba membakarnya dengan membuat berbeku. Namun ia tidak berkesan dan mereka memasukkan mayat Rhuan ke dalam sebuah beg tangan dan membakarnya dalam pembetung. Sebahagian bahagian badan kanak-kanak itu disimpan di dalam sebuah beg sandang di rumah itu. Kedua-dua wanita itu didakwan melakukan penyeksaan, pembunuhan serta menyembunyikan mayat. - metro.co.uk