SEBUAH kotej telah berada di pasaran untuk jualan sejak dua tahun lalu, namun masih belum ada pembeli. ‘Lavender Cottage’ ditinggalkan sedekad lalu dan diletakkan di pasaran harta tanah dengan harga 235,000 paun. Difahamkan ia tidak mendapat sambutan gara-gara penjual tidak menunjukkan gamabaran sebenar keadaan kotej itu sepenuhnya. Keadaan bahagian dalam kotej. Walaupun kotej itu berada berdekatan dengan jalan utama, tetapi para pembeli tidak dapat melihatnya. Ini kerana kotej tersebut ditutupi dengan semak samun sehinggakan langsung tidak menampakkan bumbung. Wajah sebenar kotej itu berjaya dirakam dan kelihatan struktur kotej itu sebahagiannya sudah rosak dinding-dindingnya sudah mereput. Terdapat juga pelbagai barang-barang dapur yang juga telah berkarat dan rosak serta dilimpahi dengan sampah sarap. –Dailymail.co.uk