suria

Tak boleh bercakap selepas mati 27 minit, inilah mesej pertama ditulis wanita selepas dihidupkan semula

Ungkapan yang ditulis Tina sebaik sahaja dihidupkan semula selepas terkena serangan jantung.

SEORANG wanita berkongsi gambar tatunya yang luar biasa berserta satu kisah yang sukar dipercayai di sebalik ukiran tatu di tangannya itu.

Tulisan cakar ayam itu pada mulanya kelihatan ditulis dalam bahasa asing, tetapi jika diperiksa dengan lebih dekat, ia mendedahkan ungkapan 'it's real' (ia nyata).

Madie Johnson mempunyai tatu di pergelangan tangannya sebagai mengingati kisah ibu saudaranya, Tina Hines yang meninggal dunia selama 27 minit sebelum dihidupkan semula dan bangkit menjalani kehidupannya.

Hines, ibu kepada empat anak, telah dihidupkan semula sebanyak enam kali, empat kali oleh suaminya dan dua kali di hospital.

Johnson, dari California, Amerika Syarikat, menunjukkan gambar tatunya di laman Instagram, yang mendapat lebih dari 17,000 tanda suka.

“Lebih kurang setahun lalu, aunty Tina, salah seorang insan paling hebat, cergas dan sihat yang pernah saya kenal mendapat serangan jantung yang menurut doktor dia telah mati dan dibangkitkan semula sebanyak empat kali oleh pakcik saya Uncle Brian dan responden pertama sebelum tiba di hospital.

“Dia diletakkan di atas defibrillator dan setelah dengan ajaibnya sedar semula dia tidak boleh bercakap... perkara pertama yang dia lakukan adalah minta pen dan menulis dalam buku jurnal sepupu saya 'it's real' (ia nyata).

“Orang-orang di dalam bilik itu bertanya 'apa yang nyata' dan dia menjawab dengan menunjuk ke langit dengan air mata berlinangan.

“Kisahnya terlalu menarik untuk tidak dikongsi dan memberi saya lebih keyakinan dalam kepercayaan yang sering kali tidak kelihatan," tulisnya. -Mirror

tatu, mesej, meninggal dunia

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan