AKIBAT kecewa selepas 220 kali hubungan percintaan gagal, seorang wanita mengambil keputusan untuk melupakan lelaki dalam hidupnya. Elizabeth Hoad merancang untuk berkahwin dengan seekor anjing belaannya yang berusia 6 tahun, Logan. Hoad,49, merupakan bekas model dan pernah dilaporkan mempunyai hubungan dengan pemain golf legenda Seve Ballesteros dan bekas pelumba James Hunt. Dia merancang untuk berkahwin di depan 20 orang tetamu jemputan dan memberitahu bakal memakai cincin perkahwinan manakala Logan dipadankan dengan topi, sut dan 'bow tie'. Dua kawan Logan, Ajax dan Bear akan menjadi pengapitnya pada majlis tersebut. Dia akan membawa Logan ke sebuah hotel anjing sebagai bulan madu. Sebelum ini Hoad pernah bertunang namun tidak pernah berkahwin. "Saya telah mengadakan 220 hubungan dalam tempoh lapan tahun dan semuanya seperti bencana. "Saya fikir idea berkahwin dengan Logan kerana dia tidak pernah tinggalkan saya dan saling sayang menyayangi. "Sesetengah orang anggap idea ini gila, tetapi ia dirasakan betul." Hoad bukan orang pertama yang berbuat demikian apabila Wilhelmina Callaghen telah mengahwini seekor anjing baka Yorkshire, Henry pada tahun 2009. -mirror.co.uk